Tuesday, September 16, 2008

Pengantar Kaunseling



Pengantar Kaunseling
Penulis: Muhd Mansur Abdullah , Siti Nordinar Mohd. Tamin
Penerbit: DBP

No. KK: 150 60974102
No. ISBN: 9836232052
Tahun Terbitan: 1996
Harga Buku: RM16.00

"Buku Pengantar Kaunseling ini membincangkan berbagai-bagai teori dalam bidang kaunseling di samping proses dan beberapa kaedah pelaksanaan kaunseling, yang sebahagiannya telah disesuaikan dengan suasana dan budaya bangsa Malaysia.""

Perkembangan Bimbingan dan Kaunseling


Perkembangan Bimbingan Dan Kaunseling: Pendekatan Yang Praktis
Penulis: Robert D. Myrick@ Ph.D. oleh Zuraidah Rahman
Penerbit: DBP

No. KK: 150 81245102
No. ISBN: 9836256008
Tahun Terbitan: 1997

Harga Buku: RM38.00

Dr. Myrick memperkenalkan pendekatan yang komprehensif bagi bimbingan sekolah K-12. Pendekatan perkembangan bagi bimbingan dan kaunseling ini diharap akan dapat mengenal pasti kemahiran dan pengalaman tertentu yang diperlukan oleh para pelajar sebagai satu cara meghadiri sekolah dan untuk berjaya. Dengan cara ini, para pelajar akan dapat memperoleh kemahiran yang disediakan sebelum mereka mengalami sebarang krisis perhubungan antara sesama manusia. Buku ini direka bentuk sebagai panduan kepada para kaunselor, di samping menyediakan rangka dan rujukan kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang pendekatan yang lebih menarik dalam mengelola dan memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.""

Kecelaruan Tingkahlaku (Behaviourial Disorder)



Kecelaruan Tingkahlaku
Penulis : Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail,
Jumlah Muka surat : 232
PTS Publications

Sinopsis


Membantu individu mengenali punca masalah jiwa dan rawatan yang diperlukan. Panduan kepada ahli psikiatri, kaunselor dan mereka yang mempunyai ahli keluarga yang bermasalah jiwa.
Kecelaruan tingkah laku bukan perkara baru dalam kehidupan manusia. Perkara ini sudah wujud seawal wujudnya manusia di muka bumi ini iaitu dengan tercetusnya persengketaan antara Habil dan Qabil yang membawa kepada pembunuhan Habil oleh Qabil hanya kerana merebut perempuan. Selaras dengan peredaran zaman, kecelaruan tingkah laku turut mengalami pelbagai kerencaman dari-pada segi bentuk dan jenisnya. Pelbagai teori dan persoalan berkena-an apa, kenapa dan bagaimana sesuatu kecelaruan itu berlaku timbul dengan pelbagai bukti dan andaian tersendiri.

Masalah kecelaruan tingkah laku ini lazimnya mengganggu per-jalanan harian seseorang. Secara tidak langsung ia akan kelihatan janggal ataupun asing jika dibandingkan dengan anggota masyarakat di sekelilingnya. Semua masalah jiwa sama ada yang lazim kedapatan dalam masyarakat atau yang jarang kelihatan dikaji oleh pakar psikologi dan pakar jiwa secara komprehensif. Tugas para pakar jiwa adalah mengenal pasti bentuk-bentuk dan masalah jiwa yang boleh ditakrifkan sebagai penyakit jiwa ataupun kecelaruan tingkah laku
Masyarakat kita sering mengaitkan penyakit mental dengan kuasa di luar kawalan manusia seperti hantu, jin, syaitan dan makhluk-makhluk halus lain. Oleh itu seorang dukun atau bomoh adalah orang yang dianggap mempunyai kepakaran merawat mereka yang 'dirasuk' ini serta memulihkan keadaan mental mereka seperti sedia kala. Oleh itu apabila kita mengenali atau menamakan sesuatu tingkah laku itu sebagai kecelaruan tingkah laku, kita perlu sentiasa berpandukan kepada apa yang dikenali sebagai norma masyarakat. Bagi mereka yang mengikut apa yang dilakukan oleh masyarakat, maka perbuatan mereka dianggap normal. Sebaliknya sekiranya apa yang dilakukan oleh seseorang itu bertentangan dengan kelaziman masyarakat, maka ia dikatakan menyimpang daripada norma masya-rakat ataupun dinamakan abnormal.

Oleh itu buku kecelaruan tingkah laku ini dapat menjawab beberapa kemusykilan yang dihadapi oleh orang ramai dalam me-mahami pengertian kecelaruan tingkah laku. Setiap jenis kecelaruan tingkah laku yang dibincangkan berpandukan klasifikasi DSM-IV. Terdapat 13 bab kesemuanya yang membicarakan perihal kategori kecelaruan tingkah laku yang dapat dijadikan panduan oleh kaun-selor, ibu bapa, guru, ahli psikiatri, pelajar-pelajar IPT, pelajar-pelajar pembantu perubatan dan jururawat serta individu yang ingin menambah pengetahuan mengenai kecelaruan tingkah laku.

Di samping itu juga pembaca juga didedahkan dengan beberapa kaedah rawatan dan terapi yang digunakan bagi merawat penyakit kecelaruan tingkah laku. Kaedah-kaedah rawatan dan terapi ini di-bincangkan berdasarkan peraturan daripada Persatuan Psikiatri Amerika (American Psychiatric Association-APA) telah mengeluarkan satu garis panduan kaedah mengklasifikasikan kecelaruan tingkah laku yang dikenali sebagai Dignostic and Statistical of Disorders atau dikenali sebagai DSM.

Isi Kandungan
Prakata
Bab 1 Klasifikasi
Bab 2 Tingkah Laku Abnormal
Bab 3 Kecelaruan Mental Organik
Bab 4 Kecelaruan Kanak-kanak dan Remaja
Bab 5 Kecelaruan Disosiatif dan Somatofora
Bab 6 Kecelaruan Kognitif dan Kaitannya dengan
Bab 7 Kecelaruan Mood dan Bunuh Diri
Bab 8 Kecelaruan Personaliti
Bab 9 Kecelaruan Identiti Jantina Parafilia dan
Bab 10 Skizofrenia dan Kecelaruan Psikotik yang
Lain
Bab 11 Kecelaruan Kebimbangan
Bab 12 Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan
(ADHD)
Bab 13 Rawatan dan Kaedah Terapi
Rujukan
Indeks

Kemahiran Lanjutan dalam Kaunseling



Kemahiran Lanjutan Dalam Kaunseling
Pengarang: Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad, Sulaiman Shakib Mohd Noor, Azizi Yahaya
o 2005
o ISBN 983-52-0390-3
o 134 muka surat
o RM 23.00
o Penerbit UTM

SINOPSIS
Buku ini ditulis untuk membantu dan membimbing pengamal kaunseling menjalani praktis kaunseling dengan betul, cekap, dan profesional. Kemahiran Lanjutan dalam Kaunseling ini mengandungi 10 bab yang ditulis dengan teliti dan mendalam, iaitu kemahiran memerhati tingkah laku tanpa lisan, kemahiran refleksi perasaan, kemahiran refleksi isi, kemahiran memberi maklumat, kemahiran merangka semula dan menginterprestasi, kemahiran konfrontasi, dan integrasi. Pada akhir setiap bab, disertakan latihan kemahiran untuk meningkatkan kefahaman dan kecekapan individu dalam aspek kaunseling. Buku ini sesuai sebagai rujukan utama kepada ahli psikologi, pengamal kaunseling, pendidik sekolah, pensyarah, dan pelajar psikologi dan kaunseling di institusi pendidikan tinggi dan individu yang berminat menambahkan pengetahuan dalam bidang kaunseling.

Kaunseling Kelompok



Teori dan praktis kaunseling kelompok kontemporari
Pengarang: Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad, Hamdan Abdul Kadir
o 2006
o ISBN 983-52-0398-9
o 194 muka surat
o RM 29.00
o Penerbit UTM


SINOPSIS

Manusia menghadapi pelbagai cabaran kesan daripada globalisasi yang melanda seluruh dunia. Impaknya kesihatan mental dan kehidupan manusia menjadi tidak berarah. Justeru, pengetahuan dan kemahiran bermasyarakat yang dinamakan sebagai Kaunseling Kelompok amat penting dikuasai oleh manusia pada hari ini. Menerusi Kaunseling Kelompok, sekurang–kurangnya masalah yang terpendam dapat diluah dan dikongsi bersama rakan–rakan lain bagi menuju kesejahteraan hidup. Buku ini mengandungi sembilan jenis Kaunseling Kelompok, iaitu Kelompok Terapi Pemusatan Klien, Kelompok Terapi Gestalt, Kelompok Terapi Analisis Transaksional, Kelompok Terapi Emosi Rasional, Kelompok Terapi Tingkah Laku, Kelompok Terapi Realiti, Kelompok Kanak–Kanak, Remaja, dan Dewasa.
Buku ini sesuai sebagai rujukan utama kepada ahli psikologi, pengamal kaunseling, pelajar psikologi dan kaunseling di peringkat siswazah dan pascasiswazah, pendidik sekolah, pensyarah di kolej, maktab dan universiti atau individu yang berminat menambahkan pengetahuan dalam bidang Kaunseling Kelompok.

Monday, September 15, 2008

Psikologi Kognitif



Psikologi Kognitif Penulis: Muhamed Awang
Penerbit: DBP

No. KK: 150 86915101
No. ISBN: 9836262016
Tahun Terbitan: 1999
Harga Buku: RM40.00


Psikologi Kognitif ditulis dengan hasrat menyediakan pengenalan yang lengkap bagi pelajar dan pembaca yang berminat tentang psikologi kognitif, suatu paradigma saintifik yang semakin diminati di kalangan komuniti saintifik dari pelbagai disiplin. Buku ini mengandungi bab-bab yang menyediakan huraian terkini dan komprehensif tentang pengamatan, ingatan, perwakilan pengetahuan, kategori dan pengkategorian, bahasa, penakulan dan pembuatan keputusan, penyelesaian masalah dan kreativiti, dan diakhiri dengan perbincangan tentang penerapan dan arah perkembangan psikologi kognitif mutakhir.""

Rekod Kes Kaunseling



Penulis : Ahmad Amin Mohamad Sulaiman, Nor Shafrin Ahmad,PTS Publications
Jumlah Muka surat : 190

Buku ini menerangkan tatacara dan model bagi mengurus perkhidmatan kaunseling. Bagi mengukuhkan kefahaman pembaca implikasi merekod perkhidmatan juga dijelaskan daripada pelbagai aspek.
Perkembangan masyarakat yang menghampiri status masyarakat maju membawa banyak perubahan. Tidak semua perubahan dapat diterima dengan mudah, bahkan sebahagiannya menimbulkan kegusaran dan kegelisahan baru. Kaunseling sebagai bidang yang progresif dan dinamik sentiasa berusaha menyesuaikan perkhidmatan mengikut keperluan masyarakat. Atas kesedaran inilah bilangan kaunselor ditambah dengan pesatnya supaya berupaya menampung keperluan yang semakin mendesak berbanding sedekad yang lalu.

Dengan termaktubnya akta yang mengawal perkembangan amalan kaunseling di Malaysia, kaunselor dan pengamal kaunseling yang lain perlu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan supaya terus berdaya maju seiring dengan perkembangan tersebut. Pengurusan rekod dan dokumentasi lain tidak harus dilihat sebagai tugas sampingan tetapi sama pentingnya dengan sesi kaunseling terapeutik. Akauntabiliti dan tahap profesional seseorang kaunselor atau pengamal kaunseling tidak lagi diukur dengan maklum balas klien sahaja tetapi menerusi bukti-bukti yang boleh dijustifikasikan. Oleh yang demikian, kemahiran pengurusan rekod perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

Kesukaran yang dihadapi oleh kebanyakan kaunselor atau pengamal kaunseling di Malaysia ialah kekurangan bahan-bahan rujukan tentang pengurusan rekod dalam perkhidmatan kaunseling. Keadaan ini bukan sahaja menjadi isu tempatan bahkan sebenarnya dihadapi juga oleh rakan sejawat di seluruh dunia. Kesedaran ini mendorong kepada usaha melahirkan buku Mengurus Rekod Perkhidmatan Kaunseling supaya dapat menjadi panduan utama kepada mereka yang menceburi bidang ini.

Menerusi buku Mengurus Rekod Perkhidmatan Kaunseling, pendedahan bukan sahaja dibuat menerusi fakta dan informasi pengurusan rekod tetapi juga dilengkapi dengan tatacara, model dan penerangan yang terperinci. Topik-topik yang dibentangkan disusun mengikut turutan sebenar dalam amalan kaunseling. Bagi mengukuhkan kefahaman pembaca tentang implikasi rekod kepada perkhidmatan, perbincangan berhubung kesan dan akibat daripada pelbagai aspek termasuk perundangan digarap mengikut bab.

Persembahan sedemikian menjadikan buku ini sesuai bagi bacaan dan rujukan pelajar-pelajar pengkhususan kaunseling, kaunselor pelatih, guru bimbingan di sekolah rendah, guru kaunseling di sekolah menengah, kolej dan institusi pendidikan lain, para pendidik kaunselor, kaunselor di sektor awam dan swasta, kaunselor sukarela, pengamal kaunseling persendirian serta mereka yang berminat dengan bidang kaunseling.
Mudah-mudahan buku ini membantu usaha mewujudkan perkhidmatan kaunseling yang lebih mantap dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat seluruhnya.