Monday, September 15, 2008

Psikologi Kognitif



Psikologi Kognitif Penulis: Muhamed Awang
Penerbit: DBP

No. KK: 150 86915101
No. ISBN: 9836262016
Tahun Terbitan: 1999
Harga Buku: RM40.00


Psikologi Kognitif ditulis dengan hasrat menyediakan pengenalan yang lengkap bagi pelajar dan pembaca yang berminat tentang psikologi kognitif, suatu paradigma saintifik yang semakin diminati di kalangan komuniti saintifik dari pelbagai disiplin. Buku ini mengandungi bab-bab yang menyediakan huraian terkini dan komprehensif tentang pengamatan, ingatan, perwakilan pengetahuan, kategori dan pengkategorian, bahasa, penakulan dan pembuatan keputusan, penyelesaian masalah dan kreativiti, dan diakhiri dengan perbincangan tentang penerapan dan arah perkembangan psikologi kognitif mutakhir.""

Rekod Kes Kaunseling



Penulis : Ahmad Amin Mohamad Sulaiman, Nor Shafrin Ahmad,PTS Publications
Jumlah Muka surat : 190

Buku ini menerangkan tatacara dan model bagi mengurus perkhidmatan kaunseling. Bagi mengukuhkan kefahaman pembaca implikasi merekod perkhidmatan juga dijelaskan daripada pelbagai aspek.
Perkembangan masyarakat yang menghampiri status masyarakat maju membawa banyak perubahan. Tidak semua perubahan dapat diterima dengan mudah, bahkan sebahagiannya menimbulkan kegusaran dan kegelisahan baru. Kaunseling sebagai bidang yang progresif dan dinamik sentiasa berusaha menyesuaikan perkhidmatan mengikut keperluan masyarakat. Atas kesedaran inilah bilangan kaunselor ditambah dengan pesatnya supaya berupaya menampung keperluan yang semakin mendesak berbanding sedekad yang lalu.

Dengan termaktubnya akta yang mengawal perkembangan amalan kaunseling di Malaysia, kaunselor dan pengamal kaunseling yang lain perlu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan supaya terus berdaya maju seiring dengan perkembangan tersebut. Pengurusan rekod dan dokumentasi lain tidak harus dilihat sebagai tugas sampingan tetapi sama pentingnya dengan sesi kaunseling terapeutik. Akauntabiliti dan tahap profesional seseorang kaunselor atau pengamal kaunseling tidak lagi diukur dengan maklum balas klien sahaja tetapi menerusi bukti-bukti yang boleh dijustifikasikan. Oleh yang demikian, kemahiran pengurusan rekod perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

Kesukaran yang dihadapi oleh kebanyakan kaunselor atau pengamal kaunseling di Malaysia ialah kekurangan bahan-bahan rujukan tentang pengurusan rekod dalam perkhidmatan kaunseling. Keadaan ini bukan sahaja menjadi isu tempatan bahkan sebenarnya dihadapi juga oleh rakan sejawat di seluruh dunia. Kesedaran ini mendorong kepada usaha melahirkan buku Mengurus Rekod Perkhidmatan Kaunseling supaya dapat menjadi panduan utama kepada mereka yang menceburi bidang ini.

Menerusi buku Mengurus Rekod Perkhidmatan Kaunseling, pendedahan bukan sahaja dibuat menerusi fakta dan informasi pengurusan rekod tetapi juga dilengkapi dengan tatacara, model dan penerangan yang terperinci. Topik-topik yang dibentangkan disusun mengikut turutan sebenar dalam amalan kaunseling. Bagi mengukuhkan kefahaman pembaca tentang implikasi rekod kepada perkhidmatan, perbincangan berhubung kesan dan akibat daripada pelbagai aspek termasuk perundangan digarap mengikut bab.

Persembahan sedemikian menjadikan buku ini sesuai bagi bacaan dan rujukan pelajar-pelajar pengkhususan kaunseling, kaunselor pelatih, guru bimbingan di sekolah rendah, guru kaunseling di sekolah menengah, kolej dan institusi pendidikan lain, para pendidik kaunselor, kaunselor di sektor awam dan swasta, kaunselor sukarela, pengamal kaunseling persendirian serta mereka yang berminat dengan bidang kaunseling.
Mudah-mudahan buku ini membantu usaha mewujudkan perkhidmatan kaunseling yang lebih mantap dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat seluruhnya.

Saturday, September 13, 2008

Perintis Psikologi



Perintis Psikologi
Penulis: Raymond E. Fancher terjemahan oleh Yahaya Mahmood
Penerbit: DBP

No. KK: 150 69564101
No. ISBN: 9836242376
Tahun Terbitan: 1981

Harga Buku: RM35.00

Psikologi Personaliti



Psikologi Personaliti
Penulis: Habibah Elias , Noran Fauziah Yaakub
Penerbit: DBP
No. ISBN: 9836259317
Tahun Terbitan: 2002
Harga Buku: RM24.00

Buku ini ditulis khusus untuk pelajar, guru-guru, ibu bapa, pemimpin dan pembaca yang berminat untuk memahami personaliti atau tingkah laku manusia.Penjelasan mudah diberikan tentang pengertian personaliti serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Selain memberi pendedahan tentang beberapa teori personaliti yang popular, Buku ini juga memberi huraian tentang pembentukan personaliti dari peringkat bayi hingga dewasa. Peranan dan pengaruh setiap sistem sosial seperti keluarga, sekolah, dan masyarakat ke atas pembentukan personaliti juga diberi liputan yang sewajarnya.""

Friday, September 12, 2008



Memulihkan kesan pengambilan bahan psikoaktif
Penulis : Mahmood Nazar Mohamed,
Jumlah Muka surat : 142

Sinopsis
Buku ini perlu dibaca oleh para pemimpin masyarakat setempat seperti ketua kampung, imam, pendakwah, pemimpin belia, guru-guru di sekolah menengah, pekerja sosial dan mereka yang mempunyai ahli keluarga, jiran dan kenalan yang menghadapi masalah penagihan dadah. Malah ia patut dibaca oleh penagih yang sudah insaf dan berhasrat untuk memulihkan dari mereka sendiri.
Isi Kandungan

Kajian Kes dalam Kerja Sosial
Kes 1: Empat Puluh Tahun Menagih Minuman Keras
Kes 2: Menagih Syabu
Kes 3: Pengaruh Ganja Ke Atas Anak Remaja
Kes 4: Lima Tahun Bersama Heroin
Kes 5: Anak Manja Mangsa Heroin
Kes 6: Ketagihan Pil Khayal, Ganja Dan Heroin
Kes 7: Pukulan Ganja, Gam, Pil Khayal Dan Ubat Batuk
Kes 8: Gian Ganja, Pil Khayal Dan Heroin Kes 9: Tarikan Heroin Dan Morfin
Kes 10: Enam Tahun Dicengkam Polydrug
Kes 11: Dua Puluh Lima Tahun Dikuasai Heroin Dan Ganja
Kes 12: Daripada Rokok Ke Heroin
Kes 13: Rakan Karib Kepada Morfin Dan Heroin
Kes 14: Diperdaya Oleh Ganja, Heroin Dan Kokain Kes 15: Anak Bandar Menagih Ganja
Kes 16: Dua Belas Tahun Berteman Ganja, Morfin Dan Heroin

Wednesday, September 10, 2008

Proses Kaunseling



Proses Kaunseling Edisi Kedua Penulis: Muhd Mansur Abdullah , Siti Nordinar Mohd. Tamin
Penerbit: DBP

No. KK: 150 34085201
No. ISBN: 983627071X
Tahun Terbitan: 2003
Harga Buku: RM25.00

Buku ini mengetengahkan kaunseling sebagai satu proses perhubungan antara manusia yang berperanan memberikan petunjuk dan nasihat dalam menyelesaikan masalah, selaras dengan kehendak masa dan adat resam. Penulis mengemukakan dengan terperinci beberapa kaedah yang positif serta peringkat-peringkat yang terlibat dalam sesuatu sesi kaunseling yang boleh dijadikan strategi oleh para kaunselor dalam membantu menyelesaikan masalah individu dalam masyarakatnya, terutamanya kanak-kanak di peringkat persekolahan, yang memerlukan petunjuk dan bimbingan. Edisi Kedua Buku Proses Kaunseling ini bukan sahaja boleh menjadi panduan kepada para kaunselor tetapi juga amat berguna juga kepada ibu bapa dan guru-guru dalam usaha mengatur langkah berkesan dalam mendidik anak-anak supaya dapat membincangkan masalah mereka dengan jujur dan terbuka."

Tuesday, September 9, 2008

Psikologi Ketenangan Hati



Psikologi ketenangan hati
Penulis : Hairunnaja Najmuddin
Jumlah Muka surat : 222
PTS Books

Buku pegangan bagi mereka yang memberi kaunseling emosi; guru-guru, ketua pejabat, para imam, ketua kampung, pemimpin masyarakat dan seumpamanya.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya jua, buku ini dapat disiapkan dan diketengahkan buat panduan dan tatapan pembaca yang berminat. Usaha penulisan buku ini telah pun berjalan sejak lebih setahun lalu dan melalui beberapa kali proses pengurangan dan penambahan fakta bagi memantap dan menyesuaikan isi kandungannya.

Isu kegelisahan yang dikupas di dalam buku ini bukanlah suatu isu baru yang belum pernah dibincangkan oleh mana-mana penulis. Kegelisahan adalah perkara yang pernah dilalui oleh setiap orang dalam hidupnya sama ada dia sedari ataupun tidak. Bagi sesetengah orang, kegelisahan mungkin tidak menjadi suatu masalah yang besar kepadanya. Tetapi bagi sesetengah orang lain pula, kegelisahan mungkin merupakan suatu pengalaman yang menyakitkan sehingga mendatangkan gangguan emosi yang serius. Kegelisahan hakikatnya adalah perkara yang tidak dapat dielak oleh seseorang kerana kehidupan seharian menuntutnya berhadapan dengan orang lain, suasana baru, cabaran baru dan lain-lain lagi.

Setiap Muslim dituntut supaya memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT bagi setiap kesulitan dan masalah hidup yang dialaminya. Dalam menangani masalah kegelisahan, al-Quran juga telah memberikan garis panduan yang bersesuaian yang boleh diikuti dan diamalkan oleh setiap orang Muslim dalam kehidupannya sehari-hari. Memandangkan tidak banyak terdapat buku-buku tempatan mengenai pendekatan Islam dalam mencegah dan merawat kegelisahan jiwa, buku ini cuba untuk mengupas dan menerangkan persoalan tersebut dengan pendekatan yang mudah dan dapat difahami oleh masyarakat umum.

Saya mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan buat guru-guru dan pensyarah yang pernah mengajar dan mencurahkan ilmu kepada penulis di Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Maktab Perguruan Islam dan Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Jabatan Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya UIAM yang memberi kepercayaan kepada penulis dan juga semua kakitangan jabatan terutamanya En. Khairulzain dan En. Abd. Malek yang sering menjadi pendengar setia di saat penulis berasa kosong, bosan dan tertekan dengan permasalahan yang mendatang.

Semoga buku kecil ini memberi manfaat dan faedah kepada para pembaca khususnya dan umat Islam amnya.