Friday, November 7, 2008

Syarahan Perdana Profesor Dr. Rohany Nasir


Penerbit UKM, ISBN 978-967-942-884-1

Abstrak
Kejaya telah meresap dalam kehidupan individu. ia membentuk kehidupan dan menentukan status sosioekonomi, gaya hidup, sikap dan persepsi seseorang. oleh kerana pentingnya kerjaya, perkhidmatan kaunseling kerjaya diperlukan untuk membantu individu dala perkembangan kerjayanya. cabaran baru seperti globalisasi, perkembangan teknologi, perubahan ekonomi, peluang pendidikan, kerjaya wanita, peningkatan jangka hayat dan budaya telah mengubah kerjaya dan dunia pekerjaan dengan agak drastik.

perubahan ini memberi kesan kepada kesejahteraan psikologi manusia. Kekompleksan perubahan yang berlaku kepada pekerja dan juga dunia pekerjaan dan perkaitan di antara masalah kerjaya dengan masalah-masalah peribadi memerlukan anjakan dilakukan kepada perkhidmatan kaunseling kerjaya.

Kaunselor kerjaya tidak boleh menggunakan pendekatan yang mudah. kaunselor kerjaya perlu melihat semula teori dan praktik kaunseling kerjaya yang konvensional kepada perkhidmatan yang diberikan mampu menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh klien sekarang dan pada masa depan supaya sesuai dengan perubahan-perubahan yang berlaku di dalam negara dan global.

Kaunselor kerjaya perlu menggunakan pendekatan menyeluruh yang yang menghubungkaitakan kerjaya dalam aspek-aspek lain dalam kehidupan individu. pendekatan yang menyeluruh kepada kaunseling kerjaya bererti kaunselor mesti mempunyai latarbelakang pelbagai kemahiran dan strategi kaunseling untuk memenuhi keperluan klien yang banyak dan pelbagai selain daripada menjadi kaunselor yang kreatif dan mampu menjangkau jauh kehadapan.

Dengan itu halatuju kaunseling kerajya perlu bergerak ke arah satu paradigma yang lebih holistik dengan mengambilkira perubahan besar dan dampaknya kepada kesejahteraan manusia.

http://www.pro-counseling.blogspot.com

Wednesday, October 8, 2008

Selamat Raya


Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, 1 Syawal 1429H.