Wednesday, September 17, 2008

Kaunseling Sekolah



Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. 2006.
Penerbit UKM: Bangi: Amla Mohd. Salleh, Zuria Mahmud & Salleh Amat.

Di Malaysia, bimbingan dan kaunseling diperkenalkan di sekolah secara rasmi pada tahun enam puluhan melalui program bimbingan kerjaya. Walau bagaimanapun pada masa itu bimbingan yang diberikan lebih menjurus pada kerjaya sahaja. Pada tahun 1972, Maktab Rendah Sains MARA menjadi kumpulan sekolah pertama yang memperkenalkan Program Bimbingan dan Kaunseling. Tujuan membimbing dan meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan pelajar ke arah kematangan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Masalah tingkah laku di kalangan pelajar, terutama remaja memerlukan perhatian khusus. Perkembangan masyarakat yang mempengaruhi struktur institusi keluarga menyebabkan ramai remaja yang terbiar dipengaruhi unsur-unsur negatif. Masalah ini yang sepatutnya diselesaikan oleh keluarga, kini turut dipertanggungjawabkan kepada sekolah. Namun guru tidak dapat memperuntukkan banyak masa untuk kaunseling kerana tugas utamanya di sekolah ialah mengajar.

Untuk mengatasi masalah itu kini diwujudkan jawatan kaunselor yang ditugaskan khusus untuk membantu pelajar bermasalah di sekolah. Buku Bimbingan dan Kaunseling Sekolah yang ditulis lengkap dengan teori, prinsip dan kemahiran kaunseling boleh membantu guru memainkan peranan sebagai kaunselor untuk membantu pelajar.

AMLA MOHD SALLEH, Ph. D., adalah Profesor dalam bimbingan dan kaunseling kerjaya dan ZURIA MAHMUD, Ph. D., adalah Profesor Madya di Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. SALLEH AMAT adalah pensyarah, juga di fakulti yang sama.

No comments: