Friday, September 19, 2008

Memimpin Kaunseling Kelompok



Penulis : Ida Hartina Ahmed Tharbe
Jumlah Muka surat : 200

Sinopsis
Panduan berkesan untuk kaunselor, guru, pelajar bidang psikologi pendidikan dan pemimpin kelompok kaunseling
Buku ini merangkumi semua aspek kepimpinan kelompok kaunseling secara terperinci. Setakat ini, belum lagi terdapat buku kepimpinan kelompok dalam bahasa Melayu yang boleh menjadi garis panduan yang lengkap bagi rujukan kaunselor dan bakal-bakal kaunselor kelompok di Malaysia. Oleh itu, buku ini dapat membantu semua kaunselor dan bakal kaunselor kelompok bagi menyelami, memahami dan mengamalkan kepimpinan kelompok dengan lebih berkesan.

Buku ini menumpukan khas kepada kepimpinan kelompok kaunseling. Memimpin kelompok kaunseling adalah satu seni dan beberapa komponen penting diperlukan bagi menghasilkan seorang pemimpin yang benar-benar layak memimpin kelompok kaunseling. Komponen-komponen tersebut adalah personaliti kaunselor, pengetahuan berkaitan teori dan dinamik, kemahiran praktikal dan pengalaman berasaskan pengalaman. Dengan mengambil kira semua komponen tersebut, 15 bab disediakan di dalam buku ini bagi membantu dan membimbing pembaca memantapkan diri sebagai pemimpin kelompok ataupun sekadar memahami proses kaunseling kelompok itu sendiri.

No comments: