Saturday, September 20, 2008

Psikologi Melayu



Abdul Halim Othman 1993 Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sinopsis

Apabila kita berbicara tentang psikologi orang Melayu, kita antara lain, memerikan orang Melayu. Pemerian ini merangkumi aspek fizikal, persepsi, sensasi, emosi, motivasi, ingatan dan khayalan, pembelajaran dan ketaakulan, personaliti, sifat abnormal (bilazim) pengaruh keturunan dan persekitaran dan yang sebagainya. Dalam membicarakan tentang orang Melayu, kita sudah semestinya akan berhadapan dengan pe!bagai masalah. Antaranya termasuklah masalah-masalah seperti yang pernah dihadapi oleh dua penulisan yang kontroversial tentang orang Melayu: Revolusi Mental (1966) dan Dilema Melayu (1970). Ramai mendakwa bahawa penulisan tersebut tidak memerikan orang Melayu dengan adil dan empiris dari sudut-sudut yang tersebut

No comments: